INTERNSHIPS BUAT LEPASAN SPM


Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (sebut, SPM) baru sahaja diperolehi dan melalui keputusan tersebut, kebanyakan daripada kita bingung untuk memilih arah tuju yang hendak dipilih berdasarkan keputusan yang diperolehi. Adakah yang sudah menjangka keputusan tersebut anda yang tidak menjangka dan perlu diolah kembali.

Bagi ibubapa pula, bingung untuk membimbing anak-anak remaja mereka yang akan berhadapan dengan dilema seperti berikut:

  1. Kos pembelajaran yang tinggi / tidak mampu
  2. Anak yang tidak pasti mengambil jurusan apa
  3. Anak yang tidak minat untuk belajar secara formal.
  4. Keputusan yang tidak memberangsangkan.

Kelebihan mengambil internship

  1. Kerja sambil belajar. Lebih memfokuskan kepada latihan industri
  2. Tidak perlu menampung kos yang tinggi.
  3. Makan dan tempat tinggal ditanggung rapi.
  4. Mendapat pekerjaan sejurus selepas tamat.
  5. Mendapat kelulusan Divemaster yang diiktiraf seluruh dunia.

Syarat-syarat

  1. Sihat tubuh badan
  2. Lelaki
  3. Minat bersukan terutama sekali sukan air.
  4. Rajin dan disiplin
  5. Kontrak pekerjaan sekurang-kurangnya 18 bulan.

Sekiranya calon yang berjaya sudah mempunyai kelulusan non-profesional sebelum ini, contohnya Junior Open Water, internship anda akan bermula dengan Advanced Open Water. Sudah tentu kos / jangkamasa kontrak menjadi kurang. Terma ini adalah sama seperti credit transfer.

Sekiranya calon mempunyai konflik atau gagal menghabiskan kursus atau sudah tidak berminat, maka ada kos untuk pelanggaran kotrak dikenakan tetapi tidak kos keseluruhan.

Pautan yang berkaitan

Sebarang pertanyaan lain atau perbincangan boleh hubungi di sini.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *